rss

Saturday, January 9, 2010

Senarai Hosting Javascript Percuma!


Yuhuuu...selamat dan sihat hendaknya kengkawan semua. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat serta info dimana anda boleh menyimpan atau memuat naik atau upload fail javascript.

Mungkin sesetengah dari anda kurang pasti dimana nak simpan javascript yang akan digunakan dalam blog nanti. Jadi elok sekiranya,saya menyenaraikan sedikit nama penyedia hosting javascrit ini. Sila semak senarai dibawah,pilih mana satu yang anda suka...


Senarai Hosting Javascript :

1. Mydatanest
- Menyediakan perkhidmatan hosting percuma dan berbayar. Anda boleh pilih yang percuma,dengan kapasiti 2GB, 50MB saiz fail untuk sekali muat naik,dan 10GB Bandwidth bulanan.

2. Sigmirror
- Menyediakan perkhidmatan hosting percuma dan berbayar. Pilih yang percuma, dengan kapasiti 2.5GB, 10MB saiz fail untuk sekali muat naik,dan 7GB Bandwidth bulanan.

3. Filefactory
- Menyediakan perkhidmatan hosting percuma dan berbayar. Cukup berbaloi-baloi untuk pilih pelan percuma mereka. Kapasiti 100GB, 300MB saiz fail untuk sekali muat naik.

4. Yourjavascript ( saya selalu guna yang ini )
- Tiada maklumat lengkap mengenai penyedia hosting javascript ini,yang pasti ianya percuma. Untuk menggunakan perkhidmatan mereka amat mudah. Upload fail,masukan alamat emel,dan dapatkan link fail javascript anda. Tiada akaun diperlukan.

**Kalau anda rajin cari,banyak lagi penyedia hosting javascript ini. Jadi rajin-rajin la cari di google dan yahoo serta bing.hoho...

Kalau anda ada cadangan tentang hosting javascript ini kongsi dalam kotak komen ok...


Comments :

Comment 0 comments for “Senarai Hosting Javascript Percuma!”

Post a Comment

* You can leave some comment here. No spam please!
** Allowed HTML Tags : (b),(i),(a)

 
How To Create Blog On Blogger
How To Purchase Domain Name On Blogger
How To Change Template On Blogger