rss

Sunday, January 3, 2010

Macam mana Hilangkan Sedu


Selamat pagi...huhuhu.

Haa merujuk kepada tajuk post saya kali ini, pagi ini memang pelik bunyinya. Hurmm...nak buat macamana dah diri sendiri yang mengalami. Perghh..memang dasyat betul bila sedu berlebihan ni. Sakit perut dibuatnya,dada pun macam kena pukul. Anda pernah alami sedu berlebihan tak?

Bergini ceritanya,kejadian ini berlaku kira-kira dalam pukul 3.30 pagi macamtu laa. Badan rasa panas semacam pagi tu,saya pun apa lagi, pergi mandi. Syok2 lepas mandi,lepas berus gigi tiba-tiba mula sedu. Bunyi yang terhasil bukan main kuat lagi,siap boleh bangunkan jiran sebelah. hahaha... Ingatkan sekejap tetapi lepas 10 minit,masih berterusan. Saya pun minum air banyak-banyak,pun tak berhenti juga sendawa tu. Nak tidur memang tak dapat...Akhirnya saya ambil keputusan cari maklumat dalam talian / online macamana nak hilangkan sedu ni. Maklumat yang ada pun tak membantu langsung,ada ke disuruhnya saya makan durian! Badan terasa makin lemah...sedu masih berterusan...akhirnya saya terpaksa cuba jurus terakhir ni,saya terus...

Tarik nafas sedalam-dalam yang mungkin,tahan ( 10saat ) dan lepas.tarik lagi...lagi dan lagi... sehingga kali yang kelapan saya berhenti... Alhamdulillah,sedu saya berhenti terus... Baiklah tuan-tuan dan puan-puan,lain kali kalau sedu tak henti-henti ikut cara saya ini.

Langkah : 
- Minum air masak 2 gelas
- Duduk tenangkan fikiran
- Tarik nafas dalam-dalam tahan 10saat hembus * Buat 8x
- Jangan terus baring,duduk sekejap ( 10minit )
- Mudah-mudahan sedu kalian berhenti...Amin.




Selamat Mencuba!!

P/s : Cara atau kaedah ini memang berkesan pada saya,bukan main-main tetapi betul-betul terjadi...


Comments :

Comment 0 comments for “Macam mana Hilangkan Sedu”

Post a Comment

* You can leave some comment here. No spam please!
** Allowed HTML Tags : (b),(i),(a)

 
How To Create Blog On Blogger
How To Purchase Domain Name On Blogger
How To Change Template On Blogger